PADA HARI JUMAAT BERSAMAAN 26 NOVEMBER 2021, PIHAK MAAHAD HAFIZ TELAH MENJALANKAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN ICT IBNU FIRNAS DAN PERASMIAN INI TELAH DILAKSANAKAN OLEH PENGERUSI MAAHAD SENDIRI IAITU PUAN HAJAH ASEMAH BINTI MUAMMAD DIN. PERASMIAN INI TELAH DISAKSIKAN OLEH SEMUA WARGA MAAHAD HAFIZ KLANG TERMASUK GURU, KAKITANGAN DAN JUGA PARA PELAJAR.
BUAT PENGETAHUAN UMUM, ICT IBNU FIRNAS MERUPAKAN SEBUAH BILIK KHAS UNTUK KEGUNAAN PARA PELAJAR BAGI MENGHUBUNGI KEDUA IBU BAPA MEREKA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PANGGILAN VIDEO DAN AKAN DIPANTAU OLEH ADMIN YANG BERTUGAS. PANGGILAN VIDEO INI MENGGUNAKAN MEDIUM TELEGRAM. ICT IBNU FIRNAS BOLEH MEMUATKAN SERAMAI 16 ORANG SERENTAK DALAM MASA YANG SAMA KERANA PIHAK SEKOLAH TELAH MENYEDIAKAN SEBUAH MONITOR KHAS, KERUSI DAN JUGA 'HEADPHONE' BAGI MEMUDAHKAN PELAJAR UNTUK BERBUAL DENGAN IBU BAPA MEREKA DALAM KEADAAN YANG SELESA.