:
PENGENALAN


Ditubuhkan pada 1983, Pusat Pendidikan Hafiz bermula sebagai Institut Hafiz ditubuhkan di pusat bandar Klang sebagai pusat tuisyen bermula dengan satu tingkat yang mempunyai 3 kelas. 10 tahun kemudian, Institut Hafiz berkembang kepada Madrasah Hafiz Klang, ditubuhkan bertujuan untuk mengembangkan lagi pendidikan berteraskan Al-Quran demi melahirkan Profesional Islam yang hafiz Al-Quran.

Kini Pusat Pendidikan Hafiz merupakan Pusat Pendidikan merangkumi setiap tahap pendidikan dari tadika sehingga peringkat diploma. Mendapat pengiktirafan yang pertama di Malaysia dari Universiti Al-Azhar. Turut diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) , Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), JAPIM , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Kami juga Telah mendapat kelulusan Akridetasi Provisional dari Lembaga Akridetasi Negara (LAN) kini Malaysia Quality Agency (MQA) dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.