:
Sekolah%20Rendah%20Hafiz

Anak yang dilahirkan adalah anugerah ALLAH dan harta yang tiada bandingan di muka bumi. Sebenarnya anak dilahirkan untuk membantu kita hidup di dunia dan di akhirat yang kekal abadi. Perlu diingat anak adalah amanah ALLAH yang perlu dibesarkan untuk menjadi khalifah di mukabumi. Oleh itu ibu bapa berkewajipan untuk menyempurnakan tanggungjawab dengan penuh tawadhu'. Oleh itu ibu bapa harus membekalkan anak-anak dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang sepatutnya diperoleh pada usia akil baligh.

Oleh yang sedemikian, untuk mengukuhkan lagi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang disampaikan di pra sekolah (Tadika), kami bagi pihak Kolej/Madrasah Hafiz telah menubuhkan Sekolah Rendah Hafiz. Di sekolah rendah ini, pelajar-pelajar dibimbing untuk menghafaz Al-Quran 30 juzuk selama 6 tahun iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6 (1 tahun = 5 juzuk) disamping madah-madah asas yang dipelajari. Sistem pengajian KBSR pula melayakkan pelajar-pelajar mengambil peperiksaan UPSR dan tamat pengajian sekolah rendah di bawah sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Rendah Hafiz, Batu 2, Jalan Kapar, 41300 Klang Selangor.

Tel : 03-33425872 / 03-33440030

Fax: 03-33410904