Image Banner

ALFU MABRUK BUAT SEMUA PELAJAR KOLEJ HAFIZ YANG TELAH TAMAT PENGAJIAN DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW."

"Syabas dan tahniah atas kejayaan yang cemerlang ini. Ini adalah penamat kepada satu perjuangan yang panjang dan permulaan kepada satu lembaran baharu dalam kehidupan kalian.""Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mendidik, membimbing, dan mencurahkan ilmu dengan penuh kesabaran. Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha kalian.""Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.""Semoga ilmu agama yang diperoleh akan menjadi panduan dalam setiap langkah, membentuk akhlak yang mulia, dan menjadi bekalan yang berkat di dunia dan akhirat." "Gunakan ilmu ini untuk terus berbakti kepada agama, bangsa, dan negara. Jadilah insan yang sentiasa mencintai ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain."
"Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk kalian mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa akan datang." "Sekali lagi, syabas dan tahniah. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan mempermudahkan segala urusan kita."
"Sekian, terima kasih."

 

LAGI

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE - 22

Majlis konvokesyen ini diadakan bagi menghargai para pelajar dari Kolej Hafiz yang telah tamat pengajian Sijil Diploma Tahfiz Al - Quran dan Qiraat,

ia juga meraikan para pelajar terbaik dalam kategori tertentu dari semua cawangan (Pusat Pendidikan Hafiz) untuk tahun sessi 2024/2025

LAGI

MERAFAK SEMBAH BUAT PASANGAN DIRAJA SELANGOR

"Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Y.M. Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Binti Dato' Abdul Aziz sempena Istiadat Perkahwinan Diraja".

LAGI

PENGAMBILAN PELAJAR BARU TAHUN 2026

PELAJAR BOLEH MEMOHON SECARA ONLINE DAN AKAN DIHUBUNGI UNTUK SESI TEMUDUGA.

 

Pendaftaran secara online : KLIK SINI UNTUK DAFTAR

 

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor dibawah mengikut cawangan:

 

MAAHAD/SEK MENENGAH HAFIZ KLANG

03-33436505 / 03-33425872

014-2262011 / 010-4068911 (Whatsapp)

MAAHAD HAFIZ JERAM (BANAT)

03-32649217 / 03-33425872

011-33788012 / 019-2768911

010-4068911 (Whatsapp)

LAGI

MAAHAD MENERIMA ANUGERAH

Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah atas kejayaan cemerlang ini! Ini adalah hasil usaha gigih,

semangat juang, dan kolaborasi padu antara pelajar, guru, dan ibu bapa.

 Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi untuk terus maju jaya di masa hadapan.

 

 

LAGI

FAST TRACK UNTUK SESI TAHUN 2026 / 1447H KINI DIBUKA

PELAJAR BOLEH MEMOHON SECARA ONLINE DAN AKAN DIHUBUNGI UNTUK SESI TEMUDUGA.

 

Pendaftaran secara online : KLIK SINI UNTUK DAFTAR

 

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor dibawah mengikut cawangan:

 

MAAHAD/SEK MENENGAH HAFIZ KLANG

03-33436505 / 03-33425872

014-2262011 / 010-4068911 (Whatsapp)

 

MAAHAD HAFIZ JERAM (BANAT)

03-32649217 / 03-33425872

011-33788012 / 019-2768911

010-4068911 (Whatsapp)

LAGI

LATIHAN KEBAKARAN

 

MAAHAD HAFIZ JERAM BANAT - Pada 5 hb OKT 2022 (Rabu),latihan kebakaran adalah aktiviti  yang akan dilaksanakan1 kali dalam setahun. Masa yang di ambil oleh murid serta warga Maahad Hafiz untuk mengosongkan kawasan sekolah untuk berkumpul di padang pada sesi latihan kebakaran kali ini adalah lebih kurang 5 minit, catatan masa amat memuaskan kerana semua murid dapat berkumpul di padang dengan cepat dan teratur. Tiada kecederaan dilaporkan untuk sesi latihan kebakaran kali ini. 

Ianya bertujuan mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Selain itu, latihan kebakaran ini juga dapat memberi maklumat awal kaedah mengawal kebakaran dan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran.

LAGI

Image News

Image Banner