:
KOLEJ%20HAFIZ


SYARAT KEMASUKAN

  1. Warganegara / bukan warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 tahun dan ke atas
  3. LULUS Sijil Pelajaran malaysia (SPM) dengan mendapat minimum 3 kepujian:
    1. Syarat khusus: KREDIT dalam Bahasa Melayu & Bahasa Arab
    2. Permohonan yang tidak mencukupi syarat khusus hendaklah mengambil SPM ulangan. (Boleh menduduki peperiksaan bersama calon SPM Hafiz);ATAU
    3. Kelulusan yang setaraf dengan SPM yang diiktiraf

4.  Menduduki ujian penilaian. Maklumat markah ujian penilaian adalah seperti berikut:

      a. Ujian Syafawi Hafazan Al-Quran           40%
      b. Ujian Tahriri Tajwid                             15%
      c. Ujian Tahriri Bahasa Arab                    15%
      d. Ujian Tajwid Berkomputer                   10%                         
      e. Ujian Jawi                                          10%                                                 
      f. Ujian Peribadi                                      5%                                               
      g. Rekod Ko-Kurikulum dan Kurikulum      5%           

  • Pelajar yang kurang tahap penguasaan terhadap perkara di atas akan diberi kelas intensif tambahan.

 

            HALATUJU SELEPAS TAMAT DIPLOMA

Graduan Diploma Kolej Hafiz layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di:

  • Luar Negara:    Universiti A-Azhar, Mesir
                               Universiti Islam Madinah, Madinah
  • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Lepasan Kolej Hafiz juga boleh menjawat jawatan dalam sektor kerajaan dan swasta sebagai Imam, Pendakwah, Pendidik dan Pentadbir yang berwibawa serta Hafiz Al-Quran

          BIASISWA & PINJAMAN

1. Permodalan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
2. Biasiswa Kolej Hafiz ( Hafiz Al-Quran dan cemerlang SPM )
3. Dermasiswa Zakat Majlis Agama Islam Negeri 
4. Yayasan Negeri

         SENARAI KURSUS YANG DIAJAR

1. Pengajian Al-Quran  
     Hifz Al-Quran  
     Tajwid  
     Usul Qiraat  
     Al-Qiraat Al-Sab’ah  
     Al-Qiraat Al-‘Asyaarah  
     Al-Qiraat Al-Syaadzah  
     Hifz Al-Mutun  
     Ulum Al-Quran  
     Dhabt Al-Quran  
     Rasm Al-Quran  
     Al-Fawasil  
     Tarikh Al-Quran  
     Tarikh Al-Mushaf  
     Tarannum  

 

PARA PENSYARAH YANG BERKELAYAKAN

  1. Haji Muhammad Hafiz b. Muhamad Haneefa
    Dip.B.Arab(Mesir): BA(Hons) Al-Quran(Madinah); Ma Al-Quran UIAM;Calon PhD Al-Quran UKM
  2. Nurul Husna bt. Muhammad Haneefa
    BA (Hons) Al-Quran dan Qiraat (al-azhar); MA Hadith UIAM
  3. Muhammad Firdaus b. Muhammad Haneefa
    BA (Hons) Al-Quran dan Qiraat (Al-Azhar); MA Qiraat (Al-Azhar,Tonto)
  4. Haji Nazmi b. Md.Nusi Al-Muqri’
    BA (Hons) Al-Quran dan Qiraat (Al-Azhar);Dip.Tahfiz (JAKIM)
  5. Muhammad Rajaie b. Salleh
    BA (Hons) Al-Quran dan Qiraat (Al-Azhar); Calon MA Al-Quran(UKM)
  6. Nor Kamariah bt. Abdul Manaf
    BA (Hons) Al-Quran dan Qiraat (Al-Azhar); Calon MA Dakwah (UKM)
  7. Hamdan bin Abdullah
    BA (Hons) Usuluddin (Al-Azhar); MA Usuluddin (UM)
  8. Musa bin Ahmad Bustaman
    BA (Hons) Of Faqih and Its Origin, Universiti Mu’tah, Jordan
  9. Nurulhuda binte Mohd Hashim
    Dip.Tahfiz wa Dakwah(Darul Quran), BA(Hons) Bahasa & Kesusateraan Arab (UPM),
    MA Bahasa & Kesusateraan Arab (UPM)       

          SISTEM PENGAJIAN

  1. Tempoh pengajian program persediaan adalah 3 bulan.
  2. Tempoh Pengajian: 3 Tahun (6 Semester)
  3. Jenis Pengajian: Sepenuh Masa
  4. Kaedah Peperiksaan: i)Shafawi(Lisan)   ii)Tahriri(Bertulis)
  5. Penganugerahan Sijil: Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (MQA/FA2143)

         PENGIKTIRAFAN

  • Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Kolej Hafiz telah dikawal selia dan diiktiraf oleh :
  1. Kementerian PengajianTinggi Malaysia (Pendaftaran Dan Kelulusan)
  2. Agensi Kelayakan Malaysia/MQA (Perakuan Akreditasi Penuh)
  3. Universiti Islam Madinah (Mu’adalah)
  4. Universiti Al-Azhar Mesir (Mu’adalah)
  5. Jabatan Perkhidmatan Awam / JPA (Pengiktirafan)

Hafiz diiktiraf JPA dan MQA

TAHNIAH....Syukur ke hadrat Ilahi, Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat (MQA/FA 2143) Kolej Hafiz telah mendapat perakuan Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pengiktirafan Kelayakan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tarikh: 27 MAC 2012. Ini bermakna pelajar lepasan Kolej Hafiz boleh menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda ke IPTA/ IPTS di Malaysia secara pemindahan kredit, juga boleh menjawat jawatan samada dalam badan kerajaan (perkhidmatan awam) atau swasta, di samping menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah, Saudi & Universiti Al-Azhar,Mesir. 
 
 
Salinan pengiktirafan boleh dimuat turun di:   http://pengiktirafan.jpa.gov.my/   http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyiptskolej.cfm