Pengiktirafan Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Kolej Hafiz oleh Kerajaan Malaysia (JPA)

Pada Januari 2013 Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengiktiraf Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Kolej Hafiz mulai 27 Mac 2012 setaraf dengan Diploma biasa dari Institut Pengajian Tinggi Awam bagi maksud lantikan ke perkhidmatan Awam. Ini bermaksud, lepasa Kolej Hafiz bukan sahaja boleh menyambung pengajian di Uni Islam Madinah, Uni Al-Azhar, Mesir malah di IPTA dan IPTS dalam Negara, juga boleh bertugas dalam sektor kerajaan atau swasta.
Mabruk...Mudah-mudahan hadiah Allah kepada Kolej Hafiz selepas 30 tahun berusaha melahirkan Generasi Al-Quran dapat memberi sedikit suntikan untuk kami terus berjuang.
 

Pengiktirafan 4 Bintang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Tahniah...Selepas 30 tahun berusaha, Allah menghadiahkan Maahad Hafiz anugerah 4 Bintang oleh KPM bagi kategori Sekolah Menengah Hafiz, Klang dengan 89% dan Sek Ren Hafiz, Sg.Pinang dengan 88% dalam pecapaian kualiti standard. Merangkumi 9 perkara antaranya pentadbiran, pencapaian akademik, kokurikulum, kemudahan dan prasarana, keselamatan dan sumber manusia. Semoga semua asatizah dan para pelajar teruskan usaha dalam melahirkan Generasi Al-Quran di muka Bumi Allah. Juga Maahad Hafiz Jeram LilBanat mendapat pengiktirafan  89% oleh Jabatan Agama Islam Bahagian Pendidikan Islam di atas pencapaian kualiti.

 

 

Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al Qiraat Kolej Hafiz diiktiraf JPA dan MQA

 

TAHNIAH....Syukur ke hadrat Ilahi, Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat (MQA/FA 2143) Kolej Hafiz telah mendapat perakuan Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pengiktirafan Kelayakan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tarikh: 27 MAC 2012. Ini bermakna pelajar lepasan Kolej Hafiz boleh menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda ke IPTA/ IPTS di Malaysia secara pemindahan kredit, juga boleh menjawat jawatan samada dalam badan kerajaan (perkhidmatan awam) atau swasta, di samping menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah, Saudi & Universiti Al-Azhar,Mesir. 
 
 
 

  

Salinan pengiktirafan boleh dimuat turun di:   http://pengiktirafan.jpa.gov.my/   http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyiptskolej.cfm   

 

Waktu Pejabat

Isnin - Sabtu:

8 Pagi - Masuk waktu Zohor
3 Petang - 5 Petang

Rehat:
Sebaik masuk waktu Zohor - 3 Petang

Ahad & Cuti Umum:
Tutup

 

 

 Facebook Hafiz

 

 

 

Maklumat Pelawat

2189466
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
140
4810
22602
2189466

Terkini di Hafiz

Hubungi Kami

Head Quarters & Pentadbiran Kolej Hafiz
No 2, Wisma Hafiz, Jalan Batu 3 Lama, 41300 Klang, Selangor.
Tel: 03-33425872 Faks: 03-33427872 

Pentadbiran Sekolah Menengah Hafiz (Muslimin)
No 4B & 4C, Jalan Pos Baru, 41300 Klang, Selangor. 
Tel: 03-33436505 Faks: 03-33427872 

Pentadbiran Sekolah Menengah Hafiz (Muslimin Ting. 1) & Sekolah Rendah Hafiz
Lot 17911, Batu 2 Sungai Pinang, Jalan Kapar, 41400 Klang, Selangor. 
Tel: 03-33440030 Faks: 03-33427872 

Pentadbiran Sekolah Menengah Hafiz (Muslimat) 
Lot 783, Pekan Jeram, 45800 Jeram Kuala Selangor, Selangor. Tel: 03-32649217 

Tadika Hafiz
Off Jalan Batu 3 Lama, 41300 Klang, Selangor 
Tel: 03-33445945 Faks: 03-33410904